Permohonan sewa Gerai / kios / pasar secara online
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SEWAAN GERAI/KIOSK/PASAR MPHTJ
1. Pemohon terdiri daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada penduduk yang menetap di Negeri Melaka sahaja.
2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup tawaran. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPHTJ. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar semula ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPHTJ sebelum tarikh tutup permohonan.
3. Borang permohonan hendaklah diserahkan bersama-sama dengan dokumen seperti berikut
4. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan dengan betul dan lengkap. Borang yang didapati tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.
5. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan penyewaan sebanyak RM10.00 satu permohonan. Pemohon yang Berjaya tidak boleh menyewakan premis kepada pihak ketiga (sub-tenant). Pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap tidak berjaya.
6. Pemohonan hendaklah berdasarkan kekosongan yang ditetapkan di dalam Iklan Kekosongan Gerai/Kiosk/Pasar Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
7. Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis.
8. Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepadai Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ditalian 06-2323773.